Monday 5 March 2018

YL Premium Starter Kit

Ramai yang tanya DM bagaimana nak mula menggunakan minyak pati atau essential oils. Apa minyak yang perlu dibeli atau dicuba dulu?

Young Living mempunyai lebih dari 300 jenis minyak. Setiap minyak ada kebaikkannya tersendiri. Apa sahaja yang kita nak, semuanya ada. Jadi, bagaimana kita nak mula? Takan lah nak beli semua jenis, bukan?

Untuk mereka yang benar-benar serius nak cuba menukar gaya hidup sekeluarga dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia sebanyak mungkin, DM cadangkan untuk mula dengan menggunakan YL Premium Starter Kit. Ini adalah set yang paling baik bagi mereka yang baru ingin mencuba dan berjinak dalam Essential oils.

Harganya RM756.00 sahaja. Mesti ada yang kata "amboi, mahalnya!!! Baru nak cuba dah kena keluarkan duit banyak" Tapi sebenarnya bukan macam tu. Harga sebenar set ini kalau dibeli berasingan adalah lebih dari itu. Harga penuh ialah hampir RM1500. Kalau beli set ini anda dah jimat lebih dari RM600. Jika betul-betul serius nak berjinak di dalam Essential Oils, ini lah set yang terbaik dan paling berbaloi.

Semua minyak yang terdapat di dalam set ini boleh dikatakan antara minyak yang paling popular dan paling berguna. Memang tak rugi beli set ini sebab semua minyak yang terdapat dalam set ini banyak faedahnya dan DM jamin semua minyak ini akan digunakan.

Bagaimana nak mula gunakan set ini?

Ada 3 cara kita boleh gunakan set ini…

1. Diffuse (hidu)
2. Sapu
3. Telan


Diffuser memang dah ada dalam set ini. Diffuser ini harganya dah mencecah RM300 jika dibeli berasingan. Dew Drop Diffuser ini sangat senang untuk digunakan dan paling basic. Boleh tahan sampai ke 3 atau 4 jam setiap kali. Senang saja, hanya perlu tambahkan air ke tahap yang dinyatakan dan tambah 4-6 titis Essential Oils setiap kali.
                                              
Satu botol essential oils ada lebih kurang 250 titis. Jadi satu botol tu sebenarnya boleh tahan agak lama. Ada lampu biru akan menyala setiap kali dihidupkan dan apabila air yang kita letak tadi habis, diffuser akan tutup secara automatik. Jika air tu tak habis, diffuser akan off selepas 3-4 jam. Kalau dah off tu, senang saja, boleh on balik terus atau isikan air dan minyak balik.


Minyak yang ada dalam set ini:
1. Lavender: Minyak ini paling banyak fungsinya dan memang sangat popular. Ia boleh digunakan untuk semua termasuk kanak-kanak dan bayi. Baunya memang sangat harum dan sangat baik untuk relax.  Jika anda mempunyai kulit sensitif, minyak lavender boleh membantu masalah kulit.

2. Frankincense: Ramai menggunakan minyak ini untuk wajah kerana ia sangat bagus untuk anti-penuaan. Boleh dimasukkan di dalam krim muka dan ia juga bagus untuk menghilangkan parut. Ada juga yang menggunakan minyak ini untuk meningkatkan immune system.

3. Lemon: Selain dari menggunakan untuk membantu menggurangkan demam, ada juga menggunakan lemon untuk menurunkan berat badan atau untuk detox. Titis beberapa titik minyak lemon di dalam air minuman untuk detox. Boleh digunakan di dalam masakan juga ataupun untuk membuat cake.

4. Peppermint: Minyak kegemaran DM. DM guna minyak ini untuk bermacam benda. Minyak Peppermint boleh membantu untuk menggurangkan demam panas. Ia juga elok untuk perut dan penghadaman. Ada juga yang menggunakannya ketika pening kepala dan untuk mengurangkan loya tekak.

5. Copaiba: Minyak ni memang elok untuk membantu immune system kita. Ia boleh digunakan untuk luka terbakar atau jerawat. Selain daripada itu ia juga elok untuk system pernafasan. Ada juga yang menggunakan Copaiba untuk merawat pening kepala atau migrain.

6. Thieves: Minyak ni adalah minyak penting yang DM sentiasa ada di rumah kerana DM gunakan minyak ini banyak untuk anak-anak untuk membantu menguatkan imunisasi mereka. Kalau dah rasa macam nak demam atau sakit, memang akan sapu Thieves cepat-cepat. Thieves elok untuk membunuh bakteria di dalam badan kita. Thieves Young Living ada macam-macam produk, bukan saja minyak. Ada pencuci tangan, household cleaner, ubat gigi dan macam-macam lagi.

7. Purification: Minyak ini elok untuk membersihkan udara persekitaran kita. Selain dari itu, ramai yang menggunakan minyak ini untuk kulit terutama apabila terkena gigitan serangga. Selain dari itu, dia juga berguna untuk menghilangkan bau busuk. Boleh juga menggunakan minyak ini sebagai penghalau serangga.

8. DiGize: Minyak ini terbaik untuk segala macam sakit yang berkaitan dengan perut. Memang DM suka minyak ini. Ia agak berangin dan sesuai digunakan apabila sakit perut. Kalau ada masalah penghadaman atau pedih ulu hati, boleh cuba guna minyak ini.

9. R.C: Ramai yang menggunakan RC untuk batuk, sakit tekak atau untuk masalah pernafasan. Ia juga elok untuk sinus dan selsema. RC pun antara minyak yang DM akan selalu ada di rumah.

10. Panaway: Minyak ini tak sesuai untuk kanak-kanak terutama yang berumur bawah 6 tahun. Minyak ini agak panas dan biasa digunakan untuk sakit otot dan keletihan.

11. StressAway: Ini adalah minyak yang boleh memberi ketenangan dan membantu mengurangkan tekanan harian dan stress. Ia juga dapat mengembalikan keseimbangan emosi dalam diri kita. Minyak ini juga boleh digunakan untuk minda kembali fokus.

13. Ningxia Red: Ini adalah minuman yang berperisa berri dan ia dapat memberi tenaga untuk menjalankan kerja seharian. Terdapat 2 paket di dalam set ini. Pasti akan suka akan minuman ini kerana rasanya yang amat sedap dan ia dapat memberi tenaga.




No comments:

Post a Comment

Young Living Malaysia Premium Starter Kit

Premium Starter Kit by Young Living is the best starter kit for you to get because it has all the important oils to start your "Chemica...