Sebagai seorang ibu kepada 2 orang anak kecil, DM memang berminat dengan segala yang baik untuk mereka. Kalau boleh, nak guna semua barang yang natural. Kalau boleh, semuanya nak yang organic. Kalau boleh, memang tak mahu bahan yang mengandungi banyak bahan kimia terlarang yang boleh membahayakan mereka.
Satu hari, kawan DM ajak DM pergi ke Make & Take Class. Itu kelas pertama yang DM pegi dan memang mulanya sebab DM pergi hanya sebab nak anak-anak DM join class tu dengan kawan-kawan mereka. Make & Take Class adalah class yang dianjurkan oleh ahli Young Living. Tujuan class itu adalah untuk mengajar peserta bagaimana nak buat produk sendiri. Senang saja sebenarnya nak buat sabun mandi, atau scrub badan…
Di class itu, DM dari jauh dah boleh bau essential oils. Sebelum sampai dah bau. Apa bau tu? DM tanya mereka dan diberitahu ialah minyak pati dari Young Living. Baunya sangat wangi dan refreshing. Sedap sangat baunya. Satu dewan tu boleh bau.
Selepas class itu, DM pun bagitahu kawan DM nak beli Diffuser. DM mulanya nak beli diffuser dan beberapa minyak sahaja tapi kawan DM kata, lebih berbaloi kalau beli Premium Starter Kit (PSK). Dalam PSK tu ada diffuser dan lebih dari 11 minyak pati Young Living yang memang sangat useful untuk diguna seharian.
Dari situ, bermulalah perjalanan Young Living DM. Selepas DM kaji dan selidik semua minyak yang terdapat di dalam PSK, DM yakin ia dapat membantu DM sekeluarga untuk tidak lagi bergantung kepada produk yang mengandungi banyak bahan kimia.
Bila anak-anak sakit, biasanya DM banyak bergantung dengan ubat dari doktor. Tapi selepas DM belajar mengenai Essential Oils, DM telah kurang bergantung dengan ubat.
DM bukanlah seorang doktor. Tapi kadang-kadang naluri seorang ibu sangat kuat. DM yakin apa yang terbaik untuk anak-anak. Ini tidak bermakna kita tak perlukan doktor lagi. Ini hanya bererti, kita ada alternative lain.
Selepas 2 tahun DM mula mengenali Young Living, DM dah mula yakin untuk berkongi manafaat essential oils kepada semua. InsyaAllah dengan Young Living hidup kita sekeluarga lebih sempurna. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh email DM di dewdropmummy@gmail.com
No comments:
Post a Comment