Saturday 17 February 2018

Team Dewdrop Mummy

Terima Kasih kerana sudi mengunjungi blog Dewdrop Mummy (DM). DM pilih nama ini kerana perjalanan essential oils DM bermula dengan Dewdrop Diffuser yang DM dapat percuma dengan pembelian pertama dari Young Living. DM jatuh cinta dengan Young Living apabila mula menggunakan Dewdrop Diffuser ini jadi DM rasa nama itu sangat sesuai dengan DM.

Untuk pengetahuan semua, Dewdrop Mummy adalah seorang pengedar bebas Young Living Essential Oils (Young Living Independent Distributor). Nombor ahli DM ada tertera pada logo DM diatas.

Sejak DM memulakan perjalanan dengan Young Living (YL) team DM telah berkembang. Ahli team DM kebanyakkannya terdiri dari wanita yang bergelar ibu. Ada yang berkerjaya dan ada juga merupakan surirumah. Satu persamaan antara kami semua ialah kami semua ada satu misi dan visi - iaitu kami semua mahukan benda yang sama. Kami mahu kesejahteraan dalam rumahtangga dan sangat perihatin mengenai kesihatan keseluruhan. Bagi ahli DM yang ingin menjalankan perniagaan YL secara part time ataupun full time, team DM ada mengadakan training atau sessi pembelajaran secara online dan offline. Di sessi ini, kita ada perkongsian mengenai cara terbaik untuk berjaya dalam perniagaan ini.

Team DM semuanya professional. Maknanya, kami bukanlah hanya berminat untuk mencari pendapatan sampingan untuk keluarga tetapi apa yang kami kongsi adalah untuk kebaikkan dan kesejahteraan semua. Tidak ada paksaan di dalam misi kami. Yang penting ialah kita kongsi mengenai kebaikkan produk kami dan dari situ, semua boleh menilai dengan sendiri tanpa paksaan.

Ketua kumpulan DM adalah seorang yang banyak penggalaman mengenai industri ini dan beliau telah berjaya menjana pendapatan sebanyak 5 angka dengan hanya dalam tahun pertama. Jadi, segala tips dan panduan memang dikongsi bersama setiap ahli kumpulan DM.

Kalau ada diantara pembaca yang ingin menjadi ahli kumpulan DM, boleh email DM di dewdropmummy@gmail.com

Segalanya bermula dengan niat yang murni. Kalau ada keinginan InsyaAllah ada jalan. Yang penting kita iklas dan buat yang terbaik.



No comments:

Post a Comment

Young Living Malaysia Premium Starter Kit

Premium Starter Kit by Young Living is the best starter kit for you to get because it has all the important oils to start your "Chemica...