Thursday 1 February 2018

Selamat Datang

Assalamualaikum semua!

Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini. Blog Dewdrop Mummy ini terhasil dengan harapan untuk memperkenalkan Young Living Essential Oils yang telah banyak membantu saya dan keluarga.

Dengan menggunakan Young Living Essential Oils di dalam rutin harian kami, kami dapat hidup bebas dari bahan kimia dan blog ini saya harap dapat membantu ramai ibu-ibu di luar sana untuk mengetahui dan mempelajari dengan lebih lanjut lagi bagaimana untuk menerapkan penggunaan Young Living Essential Oil di dalam rutin harian.

Saya percaya bahawa kehidupan yang lebih sihat akan membawa keluarga ke arah yang lebih sejahtera. Ianya tidaklah susah. Yang paling penting, kita kena amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, kawal emosi dan menggalakkan kestabilan mental dan fizikal dan akhir sekali kita kenalah cuba sedaya boleh untuk menggurangkan penggantungan terhadap produk yang mengandungi bahan kimia yang keras. Bunyi memang agak susah tapi sebenarnya ianya adalah amat senang.

Saya harap dengan adanya platform ini, saya dapat berkongsi sedikit sebanyak cara dan tips untuk menggunakan produk Young Living di dalam kehidupan harian kita. Saya berharap agar blog ini dapat membantu para pembaca untuk hidup lebih sihat secara semulajadi tanpa kimia keras dan dapat belajar mengenai Young Living Essential Oils dengan lebih mendalam.

Jika ada sebarang soalan atau pendapat, boleh lah hubungi saya di dewdropmummy@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Young Living Malaysia Premium Starter Kit

Premium Starter Kit by Young Living is the best starter kit for you to get because it has all the important oils to start your "Chemica...