Saturday 3 February 2018

Essential Oils 101


Perkara yang paling penting untuk kita pelajari terlebih dahulu ialah untuk mengenalpasti apa itu sebenarnya Essential Oils?

Essential oils ialah minyak pati yang tulen dan asli yang dihasilkan dari daun, bunga-bungaan, tumbuhan atau dari buah-buahan. Banyak khasiat yang boleh diperolehi jika kita mengamalkan penggunaan essential oils. Tapi, tidak semua essential oils sama! Di dalam blog ini, Dewdrop Mummy (DM) hanya menggunakan essential oils dari Young Living.

Apa yang istimewa dengan Young Living Essential oils? 

Young Living Essential Oils adalah satu satunya syarikat yang mengamalkan seed to seal. Ini bermakna Young Living terlibat secara langsung dengan semua proses penghasilan setiap Essential Oils keluarannya dari benihnya lagi. Setiap minyak pati keluaran Young Living menggunakan benih dari pakar universiti. Ianya ditanam di ladang milik Young Living sendiri. Dengan itu kuali tumbuhan yang dihasilkan memang teramat baik dan kualitinya dapat di kawal oleh Young Living sendiri. 

Selepas ditanam, semuanya akan disuling menggunakan teknik purba dan moden oleh kilang mereka sendiri. Ujian juga dijalankan untuk memastikan kualiti produk Young Living adalah yang terbaik. Oleh itu, pengguna di luar sana tidak perlu rasa sangsi akan kualiti setiap minyak pati yang dihasilkan oleh Young Living. Banyak penggeluar minyak pati di luar sana mengambil bahan mentah dari syarikat luar. Agak sukar untuk memantau kualiti bahan mentah jika ianya diambil dari syarikat luar. Inilah sebab utama mengapa Young Living merupakan syarikat yang terbaik dari pandangan DM jika hentak dibandingkan dengan pengeluar minyak pati yang lain. 

Apa kebaikkan minyak pati?
Kita kini hidup di dalam dunia moden dan sukar untuk lari dari menggunakan bahan kimia yang merbahaya. Banyak penyakit zama moden ini terhasil dari penggunaan harian kita yang banyak bergantung dengan bahan kimia. Contohnya, sabun mandi kita. Tahukah anda terdapat banyak bahan kimia di dalam sabun mandi kita? Harapan DM ialah untuk kita sama sama belajar cara untuk menggurangkan penggunaan bahan kimia berbahaya dengan menggunakan minyak pati. 
Caranya sangat mudah sebenarnya tapi kita kena tahu minyak pati apa yang terbaik untuk kita. Setiap minyak mempunyai kebaikkannya tersendiri. Ramai yang menggunakan minyak pati untuk kesejahteraan diri, kesihatan dan juga untuk kecantikkan. 

Terdapat 3 cara untuk kita menggunakan minyak pati:

1. Aromatik - inhale atau hidu. Aroma minyak pati boleh membantu meringgankan pelbagai penyakit atau stress. Paling penting untuk memulakan penggunaan essential oil ialah dengan menggunakan diffuser. 

2. Topikal - Minyak pati atau essential oils juga boleh disapu pada bahagian badan atau muka. Tetapi perlu ingat bahawa separuh minyak pati adalah sangat pekat jadi perlu berhati-hati bila disapu pada bahagian muka terutamanya.

3. Dietary - Boleh dimakan. Bukan semua minyak pati boleh dimakan. Periksa label terlebih dahulu sebelum memakan mana mana minyak pati. 

Di Young Living, terdapat 2 jenis minyak pati:

Single Oil (satu jenis minyak) atau Oil Blends (gabungan beberapa jenis minyak)

Bagaimana nak mula menggunakan essential oils?
Senang sahaja. Dapatkan set Premium Starter Kit. Di dalam set ini, ada diffuser diberi percuma dan terdapat lebih dari 10 jenis minyak pati. Minyak pati yang terdapat di dalam set ini adalah minyak pati yang paling popular dan paling berguna.

Harganya tak mahal. Kurang dari RM800 sahaja. Harga asal jika anda tidak membeli set ini ialah lebih dari RM1000. Jadi di situ sudah ada penjimatan. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh email DM.
dewdropmummy@gmail.com 


No comments:

Post a Comment

Young Living Malaysia Premium Starter Kit

Premium Starter Kit by Young Living is the best starter kit for you to get because it has all the important oils to start your "Chemica...