DewDrop Mummy

Assalamualaikum!

Saya DewDrop Mummy (DM). Saya adalah seorang ibu kepada 2 orang anak. Anak sulung saya HZ berumur 8 tahun dan yang bongsu FZ berumur 6 tahun. Sebagai seorang ibu, banyak yang DM perlu pelajari. Menjadi seorang ibu bukanlah mudah. Sebaik mungkin, DM ingin berkongsi pengalaman membesarkan kedua anugerah Allah ini. Kita hidup di dalam dunia yang serba moden dan banyak bergantung kepada teknologi dan pastinya bahan kimia dalam kehidupan harian kita. DM lebih gemar dengan cara semulajadi. Bila kawan DM memperkenalkan Young Living Essential Oil, harapan DM ketika itu hanyalah untuk menjadikan ruang rumah kami berbau harum. Memang tidak sangka langsung yang Young Living Essential Oils ini akan membantu kami dalam kehidupan harian. Tapi, selepas DM beli Premium Starter Kit, DM memang dapat rasa kebaikkan Young Living Essential Oils ini.

Setiap minyak ada kebaikkannya. Setiap minyak ada hikmahnya. Yang penting, kita kena rajin belajar bagaimana untuk menggunakannya dalam kehidupan harian kita. Alhamdulillah, setelah beberapa tahun menggamalkan Young Living Essential Oils, DM mula yakin dan kini ingin berkongsi dengan ibu-ibu di luar sana bagaimana untuk menggurangkan penggunaan bahan kimia dalam kehidupan kita. Ianya tidak susah dan tidak mahal!

DM harap blog ini dapat membantu semua pembaca di luar sana untuk mempelajari kebaikkan Young Living Essential Oils.

Jika ada sebarang soalan atau pendapat, boleh email DM di dewdropmummy@gmail.com

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Young Living Malaysia Premium Starter Kit

Premium Starter Kit by Young Living is the best starter kit for you to get because it has all the important oils to start your "Chemica...