Showing posts with label Selamat Datang. Show all posts
Showing posts with label Selamat Datang. Show all posts

Sunday, 9 December 2018

Panduan Untuk Mengenali Young Living


Setiap kita ada perjalanan yang berbeza dengan Young Living. Jalan yang mana kita pilih akan bergantung kepada beberapa faktor. Bagi DewDrop Mummy (DM), perjalanan Young Living memang bermula secara tidak sengaja. Dewdrop Mummy memang tak sangka akan jatuh cinta dengan Young Living kerana sebab utama DM nak cuba Young Living ialah hanya untuk aroma sahaja. Nak rumah DM berbau ala ala di spa. Pada ketika itu, Dewdrop Mummy tak tau pun pasal minyak lain kecuali minyak lavender. Tak tau pun Young Living ni ada lebih dari 300 jenis minyak. DM hanya tau pasal minyak lavender. Ketika itu, tak tau pun minyak lavender ada banyak kebaikkannya. DM hanya tau Lavender tu baunya sangat sedap.

Tak ramai yang melalui perjalanan Young Living seperti Dewdrop Mummy. Ada yang ingin rumah berbau ala ala spa (seperti Dewdrop Mummy) tapi ada juga yang memulakan perjalanan Young Living mereka atas sebab kesihatan. Anak tak boleh tidur malam, anak selalu sakit, tak boleh mengandung, sakit pinggang, dan macam macam lagi sebab. Tapi sejujurnya, untuk Dewdrop Mummy, memang perjalanan ini bermula sebab nak rumah bau sedap.

Ramai yang fikir, buat apa nak membazir beli Young living? Mahal sangat. Banyak je ubat lain kat luar sana yang murah. Kalau nak rumah berbau seperti spa, banyak lagi minyak lain yang lebih murah. Tapi, untuk Dewdrop Mummy, tepuk dada tanya selera. Perjalanan kita mungkin berbeza tapi bagi yang berminat nak mengenali Young Living, Dewdrop Mummy boleh tolong tunjuk ajar dengan pengalaman menggunakan produk Young Living setelah bertahun-tahun menggunakan produk ini. Bagi Dewdrop Mummy, harga yang ditawarkan amat berbaloi jika kita tahu faedah yang kita dapat dengan produk mereka.

Jadi, bagaimana nak mengenali Young Living? Disini, Dewdrop Mummy nak beri Panduan untuk mengenali Young Living sepertimana mengikut pengalaman Dewdrop Mummy sendiri.

1. Invest dalam Diffuser yang berkualiti
Perjalanan Young Living kita mungkin berbeza tapi salah satu cara untuk mengenali Young Living ialah dengan membeli diffuser yang berkualiti. Memang banyak diffuser yang lebih murah di luar sana tapi jika anda nak mengunakan minyak Young living, ada lah lebih baik jika diffuser yang digunakan juga adalah diffuser dari Young living sendiri. Ini adalah kerana minyak Young Living adalah sangat pekat berbanding dengan minyak dari brand lain. Diffuser dari Young Living memang direka untuk penggunaan minyak Young living yang pekat. Kalau guna minyak lain pun boleh menggunakan diffuser Young Living tapi jika guna minyak Young Living, Dewdrop Mummy sarankan gunalah Diffuser Young Living. Memang berbaloi kerana sangat tahan lama dan yang paling best sekali ialah, ia sangat user friendly.


2. Beli Starter Kit dari Young Living
Dewdrop Mummy dulu mula hanya dengan membeli beberapa minyak seperti Lavender dan Lemongrass dan diffuser Young Living. Tapi tak sampai beberapa minggu, semua stock sudahpun habis. Dari situ, baru lah Dewdrop Mummy mula membeli Premium Starter Kit. Dari situ, barulah rasa macam amat rugi tak beli Premium Starter Kit dari dulu lagi.

Premium Starter Kit ini sangat berbaloi kerana ia datang dengan semua minyak yang amat berguna dan juga datang dengan Diffuser sekali. Jadi, untuk beginner, Dewdrop mummy memang sarankan untuk mulakan dengan Premium Starter Kit dulu. Dewdrop Mummy yakin, selepas dah beli Premium Starter Kit, anda akan jatuh cinta dengan Young Living.

Harga Premium Starter Kit ialah RM713. Mesti ada yang terkejut kerana ianya agak mahal tapi percayalah, ianya semua amat berbaloi. Harga sebenar Premium Starter Kit jika dibeli berasingan ialah lebih dari RM1000!

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Premium Starter Kit ini, boleh hubungi Dewdrop Mummy melalui email di dewdropmmummy@gmail.com


3. Dapatkan Nasihat dari Pengguna Young Living yang berpengalaman
Seperti yang Dewdrop Mummy katakan tadi, Young Living mempunyai lebih daripada 300 jenis minyak. Dewdrop Mummy dah lama menggunakan Young Living tapi masih lagi banyak minyak Young Living yang Dewdrop Mummy velum dapat cuba. Apa yang Dewdrop Mummy sering lakukan ialah dengan bertanya dengan rakan-rakan pengguna Young Living. Kami ada group yang saling bantu-membantu dan berkongsi pengalaman tentang Young Living. Group Dewdrop Mummy bukan såja datang dari Kuala Lumpur tapi seluruh dunia. Komuniti ini memang sangat aktif di whatsapp dan juga di Facebook. Bukan itu såja, kami juga sering mengadakan perjumpaan dan kelas percuma untuk ahli group kami.

Berminat nak but business pun boleh juga kerana komuniti kumpulan Dewdrop Mummy ni memang banyak mengalu-alukan business minded people untuk join komuniti kami.

Jadi itulah tips dan panduan yang Dewdrop Mummy boleh kongsi hari ini. Kalau berminat nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi dewdropmummy@gmail.com dan InsyaAllah, apa apa soalan DM akan bantu.

Yang pasti, memang tak akan menyesal mengenali Young Living!

Friday, 16 February 2018

Perjalanan Young Living

Semenjak DM bergelar sebagai seorang ibu, DM buat keputusan untuk berhenti kerja sebagai seorang business consultant di sebuah firma antarabangsa. Keputusan ini bukanlah senang sebab dah biasa ada duit sendiri dan sangat berdikari. Tapi memandangkan anak DM baru saja lahir, DM tak sampai hati nak kembali bekerja dan tinggalkan baby di bawah jagaan orang lain. Lagipun ketika itu DM tak mempunyai pembantu rumah. Anak DM kini dah nak masuk 7 tahun. Anak kedua pula dah berumur 5 tahun.

Sebagai seorang ibu kepada 2 orang anak kecil, DM memang berminat dengan segala yang baik untuk mereka. Kalau boleh, nak guna semua barang yang natural. Kalau boleh, semuanya nak yang organic. Kalau boleh, memang tak mahu bahan yang mengandungi banyak bahan kimia terlarang yang boleh membahayakan mereka.

Satu hari, kawan DM ajak DM pergi ke Make & Take Class. Itu kelas pertama yang DM pegi dan memang mulanya sebab DM pergi hanya sebab nak anak-anak DM join class tu dengan kawan-kawan mereka. Make & Take Class adalah class yang dianjurkan oleh ahli Young Living. Tujuan class itu adalah untuk mengajar peserta bagaimana nak buat produk sendiri. Senang saja sebenarnya nak buat sabun mandi, atau scrub badan… 

Di class itu, DM dari jauh dah boleh bau essential oils. Sebelum sampai dah bau. Apa bau tu? DM tanya mereka dan diberitahu ialah minyak pati dari Young Living. Baunya sangat wangi dan refreshing. Sedap sangat baunya. Satu dewan tu boleh bau. 

Selepas class itu, DM pun bagitahu kawan DM nak beli Diffuser. DM mulanya nak beli diffuser dan beberapa minyak sahaja tapi kawan DM kata, lebih berbaloi kalau beli Premium Starter Kit (PSK). Dalam PSK tu ada diffuser dan lebih dari 11 minyak pati Young Living yang memang sangat useful untuk diguna seharian. 

Dari situ, bermulalah perjalanan Young Living DM. Selepas DM kaji dan selidik semua minyak yang terdapat di dalam PSK, DM yakin ia dapat membantu DM sekeluarga untuk tidak lagi bergantung kepada produk yang mengandungi banyak bahan kimia.

Bila anak-anak sakit, biasanya DM banyak bergantung dengan ubat dari doktor. Tapi selepas DM belajar mengenai Essential Oils, DM telah kurang bergantung dengan ubat.

DM bukanlah seorang doktor. Tapi kadang-kadang naluri seorang ibu sangat kuat. DM yakin apa yang terbaik untuk anak-anak. Ini tidak bermakna kita tak perlukan doktor lagi. Ini hanya bererti, kita ada alternative lain.

Selepas 2 tahun DM mula mengenali Young Living, DM dah mula yakin untuk berkongi manafaat essential oils kepada semua. InsyaAllah dengan Young Living hidup kita sekeluarga lebih sempurna. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh email DM di dewdropmummy@gmail.com



Thursday, 1 February 2018

Selamat Datang

Assalamualaikum semua!

Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini. Blog Dewdrop Mummy ini terhasil dengan harapan untuk memperkenalkan Young Living Essential Oils yang telah banyak membantu saya dan keluarga.

Dengan menggunakan Young Living Essential Oils di dalam rutin harian kami, kami dapat hidup bebas dari bahan kimia dan blog ini saya harap dapat membantu ramai ibu-ibu di luar sana untuk mengetahui dan mempelajari dengan lebih lanjut lagi bagaimana untuk menerapkan penggunaan Young Living Essential Oil di dalam rutin harian.

Saya percaya bahawa kehidupan yang lebih sihat akan membawa keluarga ke arah yang lebih sejahtera. Ianya tidaklah susah. Yang paling penting, kita kena amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, kawal emosi dan menggalakkan kestabilan mental dan fizikal dan akhir sekali kita kenalah cuba sedaya boleh untuk menggurangkan penggantungan terhadap produk yang mengandungi bahan kimia yang keras. Bunyi memang agak susah tapi sebenarnya ianya adalah amat senang.

Saya harap dengan adanya platform ini, saya dapat berkongsi sedikit sebanyak cara dan tips untuk menggunakan produk Young Living di dalam kehidupan harian kita. Saya berharap agar blog ini dapat membantu para pembaca untuk hidup lebih sihat secara semulajadi tanpa kimia keras dan dapat belajar mengenai Young Living Essential Oils dengan lebih mendalam.

Jika ada sebarang soalan atau pendapat, boleh lah hubungi saya di dewdropmummy@gmail.com

Young Living Malaysia Premium Starter Kit

Premium Starter Kit by Young Living is the best starter kit for you to get because it has all the important oils to start your "Chemica...