Dewdrop Mummy (DM) pun mula dengan menggunakan Dewdrop Diffuser. Senang sahaja cara nak menggunakannya. Ianya juga senang untuk dibawa ke mana-mana kerana size-nya yang agak compact. DM memang akan bawa Dewdrop Diffuser ini ke mana saja DM pergi. Pergi bercuti pun DM akan bawa.
Dewdrop Diffuser |
Dewdrop Diffuser memang satu basic diffuser yang sudah cukup baik. Settings pun senang sahaja dengan hanya sekali tekan untuk ON and OFF. Air perlu diisikan pada tahap merah dan letakkan beberapa titis essential oils. Ia akan berjalan selama lebih kurang 4 jam sebelum ianya akan dimatikan secara automatik. Selepas dimatikan, hanya perlu tekan butang ON sekali lagi. Ia akan berjalan selama 4 jam lagi. Jadi, secara keseluruhan lebih kurang dalam 8 jam sebelum kita kena isi air & minyak semula.
Stats Dewdrop Diffuser |
Oleh kerana diffuser ini sangat senang digunakan, DM tak pernah terfikir pun nak beli diffuser yang lain. Buat apa nak membazir kan? Dewdrop diffuser ini memang dah cukup baik. Tapi tahun lepas (2017) dalam bulan December, sempena Christmas, Young Living ada membuat promosi baru dengan memperkenalkan Desert Mist Diffuser.
DM pada mulanya memang tiada niat nak beli diffuser yang lain. Tetapi bila tengok Desert Mist Diffuser ini, rasa macam nak beli pula. Design desert mist diffuser ini pun sangatlah menarik perhatian DM. Kawan-kawan lain semua dah beli diffuser ini tapi memandangkan DM dah ada diffuser yang amat berguna, DM tak beli lah semasa promosi Christmas yang lalu. Tak lama selepas promosi tu bermula, Desert Mist ini telahpun SOLD OUT. Ramai yang minat dan terus beli. Bila dah tau ianya telah sold out, baru lah DM rasa nak beli. Tapi malangnya dah tidak dijual kerana semuanya telah sold out. Tapi DM cuba juga dan rasa agak pelik kerana berjaya beli. Dalam hati berkata "macam mana orang lain tak dapat beli sedangkan DM masih lagi boleh beli Desert Mist diffuser ini?" Rasa bagaikan mimpi sahaja.
Malangnya bila sampai ke rumah DM, rupanya DM terbeli diffuser yang salah!!! Rupa-rupanya yang DM order ialah Ceramic Diffuser!! DM kecewa sangat sebab beli diffuser yang salah. Patutlah tak sold out pun! DM ada cerita dengan kawan DM mengenai hal ini. Mereka gelakkan DM sebab tak beli awal-awal. Tapi mereka semua kata ceramic Diffuser ini sebenarnya sangat bagus kerana tak perlu gunakan air. Ini bermakna, kebaikkan minyak tu sangat pure. Kalau selsema, memang cepat sembuh sebab minyak yang digunakan itu tak bercampur air. Walaupun DM sedih, tapi DM rasa OK lah, asalkan berguna juga.
Tapi, ada sorang kawan DM tanya nak tukar tak dengan Desert Mist diffuser dia. Sebabnya dia sedang selsema dan memang nak gunakan ceramic diffuser ini supaya cepat sembuh. DM happy sangat!!! Kita buat system barter! Akhirnya DM dapat diffuser yang diimpikan. Sehingga kini, desert mist diffuser ini masih sold out. Dah lebih 3 bulan dah!
Apa yang best mengenai Desert Mist diffuser?
- Design yang sangat cantik dan menarik
- Mudah untuk digunakan. Sama seperti dewdrop diffuser - air diisi sehingga tahap yang ditetapkan dan titis beberapa titik essential oils.
- Settings yang sangat awesome!! Warna lampu boleh dipilih - hijau, putih, biru, kuning, merah, oren…. ada juga settings untuk beri efek seperti lilin.
- Boleh pilih satu setting iaitu satu colour, ataupun boleh pilih setting automatik. Warna akan bertukar-tukar sepanjang masa
- Boleh tahan sehingga 10 jam tanpa perlu isi air dan minyak.
DM sangat happy dapat diffuser ini.
Jika ada yang nak beli diffuser ini, boleh contact DM di dewdropmummy@gmail.com
Harga ahli RM301 dan harga bukan ahli ialah RM396.
Harganya sama seperti dewdrop diffuser.
Desert Mist ini mash sold out di Malaysia tapi DM ada beberapa set yang DM beli ketika Young Living Convention tempoh hari. Kalau nak, sila contact DM. Confirm tak menyesal beli sebab diffuser ini memang terbaik!!!!
No comments:
Post a Comment